Tuesday, March 31, 2009

Pendidikan




2006-2009 : Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
BA (Bahasa & Linguistik Melayu)




2005 : Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi, Perlis
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

2003 : Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi, Perlis
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

2001 : Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Saffi, Perlis
Penilaian Menengah Rendah (PMR)


1993 -1998 : Sekolah Rendah Kebangsaan Simpang Empat, Perlis
Tahun 1 hingga Tahun 6
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Biodata


Nur Izani Binti Semail dilahirkan pada 15 Oktober 1986 di Simpang Sanglang, Perlis Indera Kayangan. Merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Berasal dan dibesarkan di Perlis. Merupakan anak jati negeri Perlis Indera Kayangan. Mempunyai hobi mendengar lagu dan sangat gemar keluar bersiar-siar kerana ingin melihat keindahan tempat orang. Selain itu juga, seorang yang simple dan sangat mudah memahami diri seseorang. Suka tolong menolong jika mempunyai kemampuan dalam apa-apa hal. Seorang yang sensitif dan suka menangis walaupun sentiasa gembira.

Monday, March 30, 2009

Seminar yang disertai beliau











Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud

1.Arba’ie bin Sujud dan Ramli Isin. “Kritikan dalam Kesusasteraan Melayu:Tinjauan Fenomena dan Disiplin”dibentangkan di Seminar Teori dan Kritikan Sastera Melayu Serantau II pada September 2004 di Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur.
2. Arba’ie bin Sujud “Persediaan Penulisan: Perkongsian Idea” dibentangkan di Bengkel Penulisan Skrip Jawapan Peperiksaan Anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia pada 13 - 17 Mac 2005 di Johor Baharu.
3. Arba’ie bin Sujud dan Che Ibrahim Salleh, “Mencari Garis Persamaan Dalam Karya Sastera dan Non Sastera”, dibentangkan di Seminar Kesusasteraan Bandingan Malaysia pada 12 Mac 2005 di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.
4. Arba’ie bin Sujud dan Che Ibrahim Salleh. “Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Penguasaan Kemahiran Bahasa” dibentangkan di Seminar Internasional Bahasa Dalam Perspektif Global pada 22 -23 April 2005 di Fakultas Sastra, Universiti Sumatera Utara.
5. Arba’ie bin Sujud dan Mhd. Amin Arshad. “Aplikasi Kod Bahasa Dalam Penelitian Karya Sastera” dibentangkan di Seminar Kebangsaan Linguistik dan Bahasa Melayu 1 pada 28 Mei 2005, di Dewan Persidangan Pusat Pengajian Luar, Universiti Putra Malaysia.
6. Arba’ie bin Sujud. “Drama dalam Pengajaran Bahasa” dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan KOMSAS, pada 11 Jun 2005, di Maktab Perguruan Besut, Terangganu.
7. Arba’ie bin Sujud. “Apresiasi Sastera Bandingan” dibentangkan di Kem Sastera untuk Pelajar “Extended Essay-Malay” pada 3 Julai 2005 di Kem Al-Azzhar, Morib Banting.

Semangat dalam Tugas


Daripada hasil-hasil kerja yang telah beliau lakukan sememangnya mempunyai banyak manfaatkan bagi generasi masa hadapan untuk kegunaan dan rujukan disamping dapat memartabatkan dunia sastera yang hanya sebelum ini dianggap tidak menjamin apa-apa pulangan kepada masyarakat. Kecekalan dan kewibawaan serta semangat yang ditunjukan beliau haruslah dicontohi, dikagumi dan dihargai agar dapat memberi sumber kekuatan untuk melakukan sesuatu yang berlainan untuk berjaya.

Wednesday, March 25, 2009

Prinsip dan semangat


Mengenali beliau, beliau merupakan seorang yang berterus terang dan jujur. Bagi dirinya, jika disimpan-simpan boleh membawa kepada tekanan jiwa. Beliau selalu mengingatkan diri beliau bahawa “musuh kita yang paling besar adalah diri sendiri”. Perkara yang penting dalam hidup adalah hormat-menghormati antara satu sama lain. Beliau selalu bercakap didalam diri bahawa walaupun “badan kecil tetapi hati besar” inilah prinsip yang memberi beliau semangat untuk terus melakukan yang terbaik dalam hidup beliau. Beliau dikagumi dan disanjungi kerana kecekalan dan keberanian beliau melakukan sesuatu yang tidak mudah dilakukan oleh orang lain. Beliau juga berdiri di hadapan cermin dan selalu berkata “Arba’ie dijadikan ada kepentingannya” itulah kata-kata hikmat yang mencerminkan keperibadian beliau seorang yang cekal dan berani

Beliau telah banyak menghasilkan projek multimedia untuk pendidikan contohnya projek yang baru disiapkan beliau ialah penghasilan komik barongan berbentuk multimedia. Beliau adalah seorang yang berani mencuba sesuatu dan sentiasa ingin memartabatkan bahasa dan sastera. Orang selalu menyatakan dan menganggap dunia sastera adalah kelas kedua. Bagi beliau, beliau cuba untuk melakukan dan menghasilkan sesuatu yang dianggap sastera bukan dipandang rendah contohnya melalui gabungan sastera dan multimedia (value added). Harapan beliau kepada mahasiswa-mahasiswa yang ingin melibatkan diri dalam penghasilan sesuatu projek multimedia, haruslah mempunyai tiga perkara yang penting iaitu pertamanya berani, keduanya yakin dan ketiganya ikhlas.

Anegerah yang diperolehi

Sepanjang beliau berkhidmat di Universiti Putra Malaysia bermula tahun 2000 hingga 2009 beliau telah memperolehi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang setiap tahun. Beliau juga telah berkhidmat sebagai pengetua kolej Canselor selama 9 bulan. Disebabkan kewibawaan beliau, beliau telah diberi kepercayaan dan dilantik memegang jawatan sebagai ketua jabatan di jabatan bahasa Melayu dari tahun 2007 sekaligus bertugas menguruskan pelajar dan staf. Idola beliau adalah isterinya yang banyak memberi semangat untuk capai ke tahap sekarang di samping dorongan Allahyarham Darmawijaya yang juga merupakan bekas pensyarah beliau. Bagi diri beliau, beliau menganggap segala pengalaman sejak bergelar pensyarah adalah pengalaman manis. Kerana menurut beliau pengalaman itu perlu dialami, dirasai dan dilalui supaya dapat menjadi lebih matang dan cekal. Beliau merupakan seorang yang berdedikasi dan boleh dianggap seorang yang telah mencapai peringkat hieraki tertinggi iaitu keperluan pencapaian nirwana diri mengikut teori Maslow.

Khidmat profesional luar

Selain itu, beliau juga banyak terlibat dalam khidmat profesional luar antaranya Jawatankuasa Kawalan Mutu Teks KBSM Kejuruteraan Mekanikal (Bahasa), Mac 2002 – Mei 2003. Hakim Pertandingan Pidato Multimedia Sekolah-Sekolah Asrama Penuh Peringkat Kebangsaan 2003, di Universiti Multimedia. Panel Penilai Penyemakan dan Peningkatan Mutu Papan Cerita CD-ROM KBSR Bahasa Melayu Tahun 2. pada 24 – 27 Mac 2003 di PNB Darby Park, Kuala Lumpur. Hakim Pertandingan Deklamasi Puisi Jenaka Anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian SSAAS,UPM pada Ogos 2004. Panel Penilai dan Penyemakan Teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 Kegunaan Tahun 2004. Panel Penilai Penyemakan dan Peningkatan Mutu Papan Cerita CD-ROM KBSR Bahasa Melayu Tahun 3. pada 2 – 3 Mei 2004, DBP KL. Panel Penilai Penyemakan dan Peningkatan Mutu Papan Cerita CD-ROM KBSR Bahasa Melayu Tahun 3. Editor Bahasa, Teks Matapelajaran Sains Sukan Tingkatan 5, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kegunaan 2006. Panel Penilai - Mesyuarat Penyemakan Papan Cerita 50% pertama CD Rom Bagi Kegunaan 2006- BM tahun 4 (SK) – 1-5 Disember 2004. Editor Bahasa, Teks Matapelajaran Sains Sukan – Tingkatan 4, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kegunaan 2005. Perunding Dokumentasi Penulisan. Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. Ahli Persatuan Linguistik Malaysia. Mencari mekanisme baru asas dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pembinaan papan cerita (aktif). Terlibat bersama MARA, ASPATI, pemilik Bumiputera sepenuhnya selain terlibat di HI Holding, dalam Penghasilan kamus Besta. Sekarang beliau sedang mengusahakan pengiklanan digital.

Bidang kepakaran

Bidang kepakaran beliau adalah Kesusasteraan Bandingan, Stilistik, Kesusasteraan dalam Multimedia. Penyelidikan beliau adalah “Pemikiran dan Teknik Pengungkapan Sajak-Sajak Dewan Sastera 1971-1979”. 2001. “Pembiayaan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Keduanya, Pemikiran dan Teknik Pengungkapan Sajak-Sajak Dewan Sastera 1980-1989”. 2002. “Pembiayaan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Ketiganya, Pemikiran dan Teknik Pengungkapan Sajak-Sajak Dewan Sastera 1990-1999”. 2003. Pembiayaan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. (2003).

Latar belakang pendidikan

Prof. Madya Dr. Arba’ie bin Sujud dilahirkan pada 23 Ogos 1963. Beliau pendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Leman, Sekinchan, Selangor, Darul Ehsan. Kemudian meneruskan pengajian ke Sekolah Menengah Mustaffa Pasir Panjang hingga tamat tingkatan 5 dan meneruskan pengajian hingga ke tingkatan 6 atas di Sekolah Menengah Dato’ Haron sebelum melanjutkan pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris pada tahun1983 hingga 1985. Beliau mula mengajar pada tahun 1986 hingga 1990 di Sekolah Kebangsaan Daro selama tiga tahun dan Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 18 selama dua tahun. Kemudian beliau menyambungkan pengajian beliau di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Fakulti Pengajian Pandidikan, UPM dan di peringkat Ijazah Sarjana di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM disamping bekerja di Universiti Multimedia. Beliau meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah juga di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi sehingga memperolehi PHD beliau pada tahun 2004.