BBM 3410 iaitu Bahasa dalam Multimedia ialah kursus yang wajib diambil semasa semester keenam bagi pelajar major Bahasa dan Linguistik Melayu. Pada hari pertama masuk ni, mulanya ingatkan Dr Normahdiah yang masuk, terkejut jugak tengok rupanya Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud. Dr.Arba’ie pun bagitau Dr. Normahdiah tak mengajar kelas ni sebab ada keja lain. Kelas ni akan diamik oleh Dr. Arba’ie dan Dr. Normaliza. Asalnya Dr. Normaliza mengajar kumpulan 2. sebabkan Dr. Normahdiah tak der dan tak ramai dalam kumpulan 2 jadi digabungkan kumpulan 1 dan kumpulan 2. Dr. Arba’ie bagi penerangan dan memberitahu tentang sinopsis kursus ini sebab lebih kurang sejam macam tu Dr. Normaliza akan masuk dan bagi penerangan selanjutnya tentang kursus ini. Dr. Arba’ie akan mengajar skop-skop yang tertentu yang berkaitan dengan bidangnya. Tak lama pas tu Dr Normaliza masuk. Tengok orangnya macam garang, takut gak. Bila Dr. Normaliza masuk, Dr. Arba’ie pun keluar sebab time Dr. Normaliza pulak take over. Bila Dr. Normaliza bercakap je dekat depan semua orang jadi fokus dan kelas jadi sunyi. Mungkin sebab suara Dr. Normaliza tegas dan pertama kali belajar dengan dia. Macam-macam penerangan Dr. Normaliza bagi tau masa dekat kelas tu. Tak leh masuk lewat dari pukul 12. tak leh pakai selipar. Tak leh jalan kasut seret-serat. Satu kelas dengar je. Takut pun ada gak time tu. Pastu dia tak suka orang duduk belakang. Macam-macam la yang dibagitau sampai semua orang jadi budak baik je. Nak bercakap dengan kawan pun takut. Sapa yang duk dekat belakang kena amik nama pastu kena potong markah. Ada minggu ke berapa entah ada budak-budak yang duk belakang kena amik nama dan no matrik. Sian dorang sebab kena amik nama. Tapi tengok Dr. Normaliza macam baik je, saja je kot dia amik sebab nak bagi pengajaran dekat orang lain supaya cepat datang dan jangan suka duduk dekat belakang. Mungkin jugak, sapa tau.
Macam-macam perasaan bila masuk kelas ni, iye la tak leh masuk lambat, jadi kena datang kelas awal. Nasib baik kebetulan pagi rabu tu memang ada kelas so, terus je lepak dekat fakulti tunggu kelas Bahasa dalam multimedia ni. Jadi leh la amik tempat depan dan duduk dalam kumpulan. Senang sikit nak buat keja dengan ahli kumpulan kalau duduk dekat-dekat. Dr. akan masuk tepat-tepat kul 12, memang tepati masa tapi yang geramnya ade je budak-budak yang datang lambat. Tak suka pun ada, ye la dah Dr cakap jangan datang lewar datang la awal sikit lagi pun belajar dah sampai Universiti mesti la lebih cekap dan pantas. Dr. bagi note dulu, tapi note tu kena amik guna kamera sebab Dr. akan cepat-cepat tukar slide jadi bila dah amik guna kamera nanti senang la balik bilik transfer je lah. Pastu baca, kalau rajin tulis balik pakai tangan. Jimat masa dan tenaga. Senang pun senang, tak payah susah-susah nak tunggu student salin pastu tak tentu lagi baca melainkan bila nak peksa.
Apa yang best dalam kelas ni sebab tak der first test. Jadi releks la sikit dari nak baca note banyak-banayk pastu nak test pulak. Tapi keja dalam kelas ni memang sangat banyak dan bekerja dalam tekanan. Dalam-dalam banyak-banyak subjek, subjek ni rasa macam syok bila masuk kelas sebab tak boring nak salin note, pastu dengar kuliah yang bosan nak dengar. Bila masuk kelas yang kena buat keja pastu ada target mesti rasa best dan tak boring. Asik kena pikir idea dan nak hasil yang bagus. Barulah dikatakan pelajar minda kelas pertama.
Tugasan pertama yang Dr. Normaliza bagi ialah mula-mula pilih ahli kumpulan dulu. Dr. suh cari ahli yang rajin datang kelas sebab kedatangan melibatkan ahli kumpulan sama. Maksudnya sapa yang ahli kumpulan dia tak datang kelas walaupun sekali markah ahli kumpulan tu semuanya dapat kosong. So kena pilih betul-betul la, lagi satu tak boleh masuk kelas lewat nanti kumpulan pun dapat kesannya. Jadi pas dah pilih ahli kumpulan yang betul-betul ok dan rajin datang kelas. Dr. bagi keja kena buat dalam kumpulan. Sepanjang belajar dalam kelas ni semuanya keja dalam kumpulan. So, kena la bagi komitmen dan kerjasama yang apadu nanti dapat la markah banyak. Semua orang nak dapat A setiap keja yang dibuat. Tugasan pertama, Dr suh buat slide show presentation dekat depan. Kejanya, amik gambar banyak-banyak pastu pilih yang bagus kemudian buat peribahasa menggunakan gambar yang dah di ambil. So, balik kelas tu terus kol mak ayah bagi tau nak kena guna kamera dalam kelas ni. Pas, dah mak ayah belikan bawak la datang fakulti sebab nak buat keja yang diberikan. Mula la bergambar sampai tak ingat orang sekeliling dah semata-mata nak buat keja yang terbaik. Posing macam-macam gaya dan lagaknya. Seluruh fakulti pusing nak cari background yang menarik dan nak buat pose yang cantik. Melompatlah, berlarilah, melangut, main-main pun ada. Kelakar sangat time tu. Yang malu pun jadi tak malu dah. Lepas dah amik gambar banyak-banyak pastu transfer dekat laptop, mula la bincang ahli kumpulan nak buat macam mana. Pas makan tengah hari, berkumpulah ahli-ahli kumpulan tuk buat slide show. Semua orang ada tugas masing-masing nak dibuat. mula-mula pilih gambar yang berkaitan dengan simpulan bahasa atau pun peribahasa. Dah pilih yang mana sesuai dan tengok ok je mula la keja masukkan gambar-gambar yang dipilih dalam power point. Siap sume gambar dalam 20 slide. Tugas seterusnya buat transion dan apa-apa mengikut kreativiti masing-masing. Dalam keja tu semua orang bagi pendapat dan pandangan tuk hasil kerja yang baik dan bagus. Pastu mula la pikirkan lagu yang sesuai tuk masukkan dalam tu ikut tema yang kumpulan dah pilih. Dah siap semua keja tu. Semua ahli kumpulan sama-sama tengok hasil keja tu dan semuanya puas hati. Dari tengah hari sampai malam buat keja tu, tambah-tambah masa tuk present esoknya. Walaupun buat keja last minute tapi hasilnya sangat bagus dan memuaskan. Bila present dekat dekat semuanya berjalan lancar, lagu ok, slide ok semualah. Rasa penat berbaloi bila Dr cakap semuanya ok.
Keja kedua kena buat asas grafik. Best gak buat keja mcm tu dah la payah tensen2 nak dengar kuliah je. Kena bawak majalah, gunting, gam dan ketas lukisan. Men gunting2 majalah cari gambar yang ada asas grafik yang dicari pastu pelekat dekat ketas lukisan ikut asas grafik yang Dr. Normaliza ajar. Kena buat ikut kreativiti masing-masing kumpulan. Keja tu mesti la kemas dan bersih. Selain tu, sikap tolong-menolong antara hali kumpulan mesti ada sebab nak hasilkan keja yang bagus. Setiap keja yang diberikan mesti kena siap pada masa yang dah ditetapkan oleh Dr. Normaliza. Selalunya Dr. akan tetapkan sampai kelas abis iaitu pukul 2 petang. Lepas dari pukul yang dah ditetapkan dia tak nak amik lagi. Jaid, terpaksa la uat keja dengan cepat tapi mesti teliti sebab dia nak yang elok2 dan cantik. Macam-macam aktiviti dalam kumpulan kena lakukan. Tapi pikir-pikir balik bagus juga buat macam tu kalau tak mesti keja tak siap pastu tak berkejasama pulak. Jadi, bila dapat je keja kena buat masing-masing dah agihkan tugas masing-masing pastu apa lagu bajet masa la nak kena siapkan. Memang tertekan dan penat gak tapi terlatih juga diri siapkan keja mengikut masa. Bagus betul cara Dr. Normaliza mengajar. Respectlah. Masa buat keja tu, ada yang kena buat dekat atas lantai lah sebab nak berkomunikasi nak buat keja senang. Kalau tengok-tengok macam budak sekolah rendah pun ada. Tapi hasil mestilah macam budak universiti. Budak-budak minda kelas pertama. Memang bestlah bila keja dapat siapkan dan hantar tepat pada masanya tambah-tambah bila Dr. Normaliza amik pastu tengok dia kata bagus. Best sangat2 time tu keja yang dibuat dihargai.
Aktiviti ketiga pulak, Dr. pesan kena bawak laptop sebab keja yang diberikan kena bertaip dan kena send dekat email. Mula-mula Dr. panggil ketu kumpulan suh amik tajuk. Bila dah amik tajuk tu balik dekat kumpulan tunjuk tajuk yang dah dah. Pastu kena buat draf sebab Dr akan round nak tengok draf dulu macam mana idea yang nak buat tu, kalau Dr. dah puas hati baru la leh teruskan. Kalau salah dan tak betul nanti Dr. suh buat len atau bagi cadangan macam mana nak buat. Bila Dr. datang dekat kumpulan kami, dan tengok draf yang kami dah buat, Dr. puas hati, kami pun teruskan buat keja yang seterusnya. Tajuk yang kumpulan kami dapat kena buat artikel tentang pembelajaran terhadap kanak-kanak. Dapat je tajuk, kitorang pun cepat2 bincang dan bagi tugas. Sebab kena bajet masa tuk siapkan lagi. Dah la tak leh lambat hantar sebab nanti Dr. tak terima keja tu. Jadi, kami pun cepat-cepat la taip sorang sikit. Nasib bek la kebetulan time tu bawak 2 laptop jadi cepat la sikit keja menaip tu. Masing-masing sibuk keja yang dah diagihkan sebab takut tak sempat siap. Bila dah siap taip dan edit ejaan dan bahasa. Kena send dkt email Dr. Normaliza sebelum pukul 2. keadaan time tu jadi kalam kabut sebab internet low, susah nak send terpaksa la pegi dekat Dewan Zaba nak test kot dapat. Tapi tak dapat gak. Sib bek la ada kosmate yang tolong dapat gak antar. Sib bek jugak tak kena reject sebab ada kumpulan yang surf maklumat dari internet. Memang tak aci la. Kitorang susah payah perah otak cari isi dorng senang2 men klik2 pastu copy and paste. Pehhhh mudah bangat.
Aktiviti keempat pulak, kena buat e-majalah. Dr. normaliza terangkan dulu macam mana nak buat e-majalah ni. Macam mana nak lipat kertas, macam mana nak buat ikut asas grafik dan multimedia yang dah belajar. Bila dah selasai Dr. bagi tau tentang cara nak buat. Mula la cam takut je dengan keja tu. Mula la pening nak buat macam mana. Nak pilih tajuk lagi. Semua ahli kumpulan berkumpul dan sama-sama pikirkan apa tajuk yang boleh buat dan dapat beri hasil yang Dr. nakkan. Macam-macam pendapat dari ahli kumpulan, last-last kumpulan kami pilih tajuk permainan tradisional. Alasan sebab pilih tajuk ni sebab sekarang permainan tradisional seolah-olah dilupakan. Jadi, tuk tak bagi semua orang lupa dan mengingatkan kenangan ketika kecil bermain permainan ni, jadi kami pun pilah la tajuk permainan tradisional. Bila dah comfirmkan tajuk tu, mula la draf permainan tradisional yang kami tahu. Bila dah siap draf yang mana patut. Ketua kumpulan edarkan kertas sorang2 lukis permainan tradisional yang tahu. Semua orang kena melukis dan mewarna. Tapi, saling tolong-menolong la diantara ahli kumpulan sebab ada yang kurang mahir melukis jadi tugas dia mewarna. Dr. akan round dan tengok keja-keja tu dan tengok ahli kumpulan ada tak yang tak buat keja. Semua khusyuk buat keja sebab nak buat e-majalah ni cam amik masa yang lama. Iye la dah la kena melukis pastu nak mewarna pulak. Cam kelakar pun ada, dah la reti lukis. Pastu kena mewarna dengan kaler pensil kayu. Cam budak tadika pulak jadinya. Tapi sekali sekala macam ni. Releks je belajar walaupun nak kena siap cepat. Tepat kul 2 kena antar. Dr. Normaliza ckp bagus ni yang asa cam happy lah.
Aktiviti kelima pulak Dr. suh buat papan iklan. Sebelum tu Dr terangkan dulu macam mana nak buat papan iklan tu, ada la note sikit yang dr. bagi tuk buat tugasan ni. Dr. bagi contoh tentang macam mana nak kena buat pastu macam mana nak kena hantar. Dapat je tugasan terus bincang dengan ahli kumpulan nak buat tajuk apa, sebab kena pegi tulis dekat depan. Takut orang amik tajuk yang sama kena la cepat. Kiranya cam booking la, Last2 kumpulan kitorang pilih buat produk shampu. Dr. dah pesan apa-apa pun produk yang akan dibuat atau dihasilkan mesti Dr. tak penah tengok. jadi, kena la pikir kreativiti tuk tak bagi sama dengan produk yang ada dekat pasaran sekarang. Bila dah pilih tajuk shampu tuk produk keluaran kumpulan kami. Ketua bagi kertas sorang satu tuk lukis sorang satu produk shampu. Tapi sebelum tu, kami buat draf dulu supaya senang tuk buat dan tau nak buat macam mana. Tak der la berterabur dan kusut je bila nak buat keja. Bila dah dapat kerta sorang satu masing-masing buat keja masing-masing ikut draf yang buat mula-mula tadi. Bila dah siap lukis kena tanya pendapat kengkawan tentang lukisan tu, takut kot tak menjadi atau pun produk tu pernah nampak dekat pasaran. Time ni macam2 komen la dari kengkawan. Dorang cakap macam tu lah, macam nilah, Ek eleh macam la dorg pandai sangat lukis. Tapi tak per, dari komen dorang, sikit-sikt leh betulkan apa yang tak kena. Ni la fungsinya dapat pandangan orang lain. Asik ikut kepala sendiri je tu yang kadang tak betul tu. Dah siap sume lukis, kemaskan apa yang patu dan puas hati dengan lukisan tu. Tuk tak nak sia-siakan apa yang dah buat, sempat lagi tangkap gambar hasil lukisan sendiri. Posing dengan hasil keja dan kreativiti sendiri. Tangakp banyak-banyak sebab ada masa banyak lagi sebelum hantar. Tapi yang sedihnya gambar-gambar tu tak tau duk dekat man dah. Lepas tranfer masuk dalam laptop pastu tak tau save dekat mana. Rasa macam ada lagi tapi tak per, bila ada masa nanti leh cari lagi gambar-gambar tu. Leh buat kenang-kenangan sepanjang belajar dalam kelas Bahasa dalam Multimedia ni.
Peraturan dalam kelas sume kena berdisplin sebab Dr. Normaliza nak pelajar-pelajar hargai dengan masa dan bekerja dalam tekanan tetapi mengembirakan. Pastu dalam kursus ni ada kelas amali 2 jam. Disebabkan banyak kelas siang so pilih la kelas amali malam. Tutor yang ajar kelas amali ni Cik Nurul. Oleh sebab, kelas amali tu malam terpaksa la datang awal sebab awal-awal lagi Dr. Normaliza bagi warning. Sebab takut kena marah tiap-tiap kelas amali datang awal dan pegi semahyang dekat fakulti dulu baru masuk kelas amali tu. Ada satu satu hari tu Dr. Normaliza datang buat spot check, awal-awal lagi dr. datang dekat kelas amali tu. Kami yang datang awal ni pun rasa macam dah lewat sebab Dr. ada. Cuak jugak time tu. Tapi kebetulan time Dr. datang buat spot check tu budak-budak yang duduk dekat kolej KOSAS datang lambat sebab bas kolej dorang tak banyak pastu selalu gerak lewat. Kesian dorang sebab Dr. suruh tunggu dekat depan dulu. Kami yang duduk dekat meja duk buat keja pun rasa kecian takut Dr. tak bagi dorang masuk kelas hari tu. Bila Dr. pegi depan tanya napa datang lewat dorang pun cakap alasan kenapa pastu Dr. suh doran buat pantun 2 kerat tuk lepaskan diri hari tu. Bila dorang dah leh buat pantun 2 kerat tu dekat Dr. baru la dorang leh masuk duduk dekat kelas tu dan teruskan buat keja amali. Enjoy sangat la kelas ni walaupun banyak keja tapi best sebab bila tengok hasil dari amik kursus ni akan ingat sampai bila2. Dalam kelas amali mula2 keja kena buat kena buat slide show power point siap kena present lagi dekat depan. Mula2 cuak gak kot2 lagu tak kuar. Sebab ada 2 3 orang lagu tak kuar. Tgk2 kuar juga. Syok jugak tengok hasil slide yang buat sendiri. Baru la pandai buat slide show yang menarik yang sebelum ni tak pandai nak guna.
Pastu keja kedua kena buat kalender. Ni yang paling best sangat2 sebab bila tengok kalender hasil ciptaan sendiri asa bangga dengan diri dapat lakukan keja ni yang sebelum ni tak tau langsung pasal photoshop dan anggap benda ni menyusahkan. Sampai asa malas nak buat langsung. Pegi kelas amali pun buat men2 cam tak der fokus dan idea nak buat. Hari tu. Dr. Normaliza datang nak tengok hasil keja kalender. Mula la duduk tak senang sebab baru siap 5 bulan. Sepatutnya kena siap 6 bulan hari tu. Punya la gelabah dan kalam kabut takut kena marah. Mula la pikir alasan nak cakap apa. Tapi tak tau nak cakap apa. Bila Dr. Normaliza makin dekat dengan meja aduh cam2 asa. Sampai saja Dr. Normaliza dekat meja juz buka bulan 2 je. Dr. Normaliza cakap bagus tau pun nak crop gambar. Hehe best gak dapat pujian walaupun Dr. Tak tau keja tak siap. Bila dah siap 12 bulan kena tunjuk tutor dulu sebelum print. Hari tu Cik Nurul tak der, so Cik Alia yang ganti. Kebetulan hari tu, budak-budak KTDI datang lambat, bas kolej dorang lambat gerak dah la dengan kolej dorang hari tu ada masalah air takder. Cian dorang. Cik Alia pun soal la dorang pasal datang lambat. Semuanya cuba tuk bagi alasan dekat Cik Alia, sampaikan Cik Alia kata tak pernah selama dia mengajar pelajar-pelajar menjawab macam kelas hari tu. Cik Alia datang dari satu meja ke meja jadi setiap orang kena la komen apa yang tak bagus atau tak ok. Kena time aku apalagi kena la komen dengan Cik Alia yang bulan 12 sebab tak menarik langsung. Memang pun tak menarik langsung sebab buat keja last minute. Lagi pun time tu tak der idea nak buat yang bulan 12 tu. Jadi sebab nak tunjuk hari tu, terpaksa buat la juga walaupun sememangnya tak ok. Balik dari kelas hari tu terus buat elok2 edit yang mana patut dan cantikkan lagi kalender sebab tunjuk dekat Cik Nurul dulu sebelum pegi print. Kalau Cik Nurul cakap dah buleh print, baru leh Print. Pagi sabtu tu pegi tunjuk dekat Cik Nurul dekat Dewan Zaba. Pas Cik Nurul tengok dia kata ok dan boleh print terus je pas keluar tu pegi antar print dekat Seri Serdang. 4 hari baru leh amik. Mula la tak sabar nak tengok kalendar yang dah siap. Walaupun terpasa keluarkan duit tuk print tapi leh simpan tuk kenangan. Betul kata Dr. Normaliza nnti masa g interview org tnya apa kelebihan or kemahiran leh tunjuk kalender yang dicipta atas kreativiti sendiri.
Pastu keja ketiga belajar buat web site. Ni memang la susah sangat sebab tak der langsung ilmu tentang tu. Dah la banyak keja nak siapkan kena siapkan web lagi. Tak tau la time tu rasa macam-macam la. Dengan tak reti, tetiba je tak der idea nak buat. Bukan tu je je, kreativiti pun tak der. Jadi bertambah la susah lagi nak buat web site ni. Dah tu, kawan-kawan yang penah buah web site guna front page dulu duk cakap susah..susah..susah..lagi la bertambah malas nak buat sebab duk pikir keja buat web ni susah. Lagi satu dengan nak link2 lagi tak tau pun nak buat. Nak minta tolong kawan pun, kawan pun lebih kurang je tau. Tiga minggu nak buat web site ni, jadi nak ke tak nak ke, susah ke senang ke kena la jugak usaha buat samapi jadi. Sari suntuk duk bilik kawan tuk buat web site ni bagi siap sebab nanti nak tunjuk dekat Cik Nurul pastu terus Cik Nurul bagi markah. Tak kan nak dapat markah rendah je. Mestilah nak markah tinggi. Penat sari suntuk buat web site ni. akhirnya semuanya dapat juga siapkan pada mas yang ditetapkan. Tapi masalahnya hari yang nak tunjuk tu tak sempat nak linkkan. Jadi tak tau la markah dapat berapa. Harap-haraplah dapat markah tinggi-tinggi jugak. Tapi macam dapat sikit je sebab Cik Nurul suh buat blog elok-elok cover markah web site. Agak-agak je lah. Tapi harap dapat elok-elok je sume.
Tugasan last sekali yang kena buat dalam kelas amali selepas buat web site kena buat blog. Tugasannya tajuk tokoh bahasa. Mula-mula keja kena pegi interview tokoh bahasa. Jadi, kena la pilih sapa yang sesuai tuk pilih interview sebagai tokoh bahasa. Bila nak pegi interview tokoh rasa macam wartawan pun ada. Iyelah sebab keja-keja macam ni keja wartawan yang suka temubual sapa-sapa. Tapi, dekat kesempatan macam nilah nak rasa macam mana nak temubual orang yang dianggap tokoh. Sebab tak nak kalam kabut jadi bila dapat ke tugasan macam tu. Terus buat soklan tuk nak tanya tokoh tersebut. Lebih kurang 10 soklan yang rasa relevan tuk tanya dah siap buat. Pegi la dengan sorang kawan interview Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud. Pilih dia sebab dia terlibat dalam proses penghasilan multimedia dalam kepakaran bahasa. Jadi boleh dianggap sebagai tokoh bahasa sebab bukan senangn nak libatkan diri dalam bidang multimedia menerusi bahasa. Sebab kebolehan tersebutlah aku dan kawan memilih tuk interview Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud. Susah juga nak jumpa Dr. Arba’ie. Sebagai ketua Jabatan macam-macam keja nak kena buat. Bila kol Dr. Arba’ie cakap nak jumpa dia suh datang selepas pukul empat. Tapi bila nak balik je selisih dengan Dr. Arba’ie jadi terus la tanya kot leh interview time tu. Satu perkara yang sangat bagus tentang Dr. Arba’ie dia tidak penah menghampakan pelajar-pelajarnya walaupun dia agak sibuk time tu. Dia sangat menghormati pelajar-pelajarnya. Lebih kurang 1 jam kot interview tu pun buat secepat yang boleh sebab tengok Dr. Arba’ie agak sibuk walaupun dia tak cakap tapi leh agak-agak la. Kami pun tak susahkan dia jadi terpaksalah buat apa yang patut. Bila dah sudah interview, Dr. Arba’ie nak tengok dulu hasil tulisan kami tu sebelum masukkan dalam blog. Dia nak macam tu sebab tak nak benda yang salah dimasukkan. Jadi balik tu terus je taip tentang blog tokoh bahasa tu secepat yang boleh sebab esoknya nak pegi tunjuk dekat Dr. Arba’ie dulu. Bila dah tunjuk dekar Dr. Arba’ie, dia betulkan apa yang salah dan ejaan yang salah dan barulah kami dapat buat blog tu dengan betul. Bila dah siap edit yang mana salah, pastu masa dekat kelas amali, buat lah blog yang pasal tokoh. Cik Nurul kata kena buat 10 post termasuk tentang diri sendiri, jadi aku buat 8 post tuk tokoh, 2 post tentang diri aku. Bila dah siap post 8 post pasal tokoh mula la pening nak tulis pasal diri sendiri macam mana. Tak der idea pulak nak buat. Pikir punya pikir last-last 1 post tulis biodata sikit, tentang diri sendiri je lah pastu post yang kedua tu tulis pasal pendidikan. Bubuh sikit gambar sekolah dengan gambar diri sendiri. Gambar sekolah dan lencana sekolah tu cari dekat internet je. Senang je keja. Pastu ok lah post je 10 perkara tu. Ingatkan dah habis dah keja leh la releks sikit sebab pojek paper dah la tak siap lagi. Rupe-rupenya ada lagi keja kena buat. Adoi.
Keja yang last kena buat sebelum habis, kena buat ketika dan kalimat. Blur gak mula dengar apa tu ketika dan kalimat. Rupe-rupenya kena buat peristiwa atau pengalaman sepanjang amik kursus BBM 3410 Bahasa dalam Multimedia nih. Nak kena buat 10 page tu. Banyak bukan main. Pas post dekat blog kena print 10 page tu bagi dekat Dr. Normaliza. Aduh. Susah tu nak buat sampai 10 page dengan idea tak der, pastu tak tau nak tulis citer apa. Tapi, orang len leh buat tak la aku tak leh buat. Kena lah usaha sendiri bagi boleh buat. Baru lah dapat siapkan walaupun 10 page Dr. nak. Pastu hari last Dr. masuk kelas Dr. cakap nak keja web site tu dan blog buh dalam cd. Ni yang buat risau ni, dah la hari tu web site tak siap dan tak sempat nak link. Macam mana nak buat ni? Tak pe la beli cd kosong pastu buh je apa yang ada dan siap, janji hantar kang tak pasal-pasal markah kurang tak leh dapat A subjek ni. Memang kena dapat A lah subjek ni sebab kursus yang paling best dan enjoy sepanjang belajar dekat UPM ni dah la lecturer dia pun best-best belaka.
Dalam kursus ni juga kena buat program keja sosial. Dr. Normaliza suh buat program amal dekat rumah anak anak yatim. Tapi bukan pegi suka-suka atau buat keja amail saja, tapi kena buat keja yang diberikan sama. Dalam masa buat program amal tu kena buat video semasa pegi sana. Jadi bukan pegi seronok saja ada misi yang perlu diselesaikan dan disiapkan. Sebelum pegi kami berbincang dulu cari rumah anak yatim mana yang nak pegi. Mulanya nak pegi rumah anak yatim Cheras. Rumah anak yatim ni dibawah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan. Jadi, kami hantar la wakil tuk pegi jumpa pengarah JKM dekat sana minta kebenaran dan kelulusan nak buat program dekat sana. Yang menduka citakan kami tak dapat jumpa dengan pengarah JKM terseubt sebab ada pekerja dekat sana tak bagi kami jumpa pengarah sebab alasannya proposal kami tak lengkap pastu cakap macam-macam prosedur yang kami kena buat. Kami pun balik dengan perasaan hampa dan geram. Jadi, kumpul balik 2 kumpulan yang nak pegi sama, duduk berbincang macam mana nak buat dengan masalah ni. Masing-masing bagi pendapat yang boleh dikatakan baik tuk support program ni. Last sekali kami buat keputusan nak cari rumah anak yatim swasta. Kami pun sama-sama surf internet cari rumah anak yatim swasta. Bila dah dapat kami try contek tuk dapatkan kerjasama. Akhirnya kami dapat rumah anak yatim dekat titiwangsa. Kami pun pergi ke sana untuk berbincang tentang program dan tentatif program yang kami akan jalankan bersama anak-anak yatim dkeat sana. Rumah anak yatim tu namanya Rumah Titian Kasih Titiwangsa. Bialanya semua sudah dapat persetujuan antara dua-dua pihak kami pun mulakan program kami dengan hati yang ikhlas. Rasa macam tak percaya pulak bila berjaya juga buat program macam ni. Macam-macam dugaan jugak la masa nak buat program ni. Baru la tau macam mana susah nak plan sesuatu program supaya dapat berjalan dengan lancar. Pentingnya dalam setiap perkara yang ingin dilakukan ialah berkerjasama dalam kumpulan dan saling hormat-menghormati diantara ahli-ahli kumpulan. Kami agak beruntung bila dapat sponsor tuk anak-anak yatim tu. Bolehlah kami beli barang-barang keperluan tuk anak-anak yatim gunakan nanti. Sebelum pegi, Dr. Normaliza nak jumpa sebab nak bagi penerangan dulu sebelum mulakan program. Semu kena pegi sama-sama kalau tidak Dr. tak nak jumpa. Bila pegi sana, barulah dapat tengok sendiri macam mana kehidupan anak-anak yatim di situ. Mereka seolah-olah terharu kerana masih ada orang yang datang melawat dan menghargai mereka. Program ni sehari suntuk dari pagi sampailah petang. Program kumpulan kami mula-mula bergotong-royong bersama-sama anak yatim. Kami mengemas rumah, sapu sampah, basuh pingan dan lain-lain lagi. Pastu kami bersama anak-anak yatim melakukan tarian poco-poco dan ayumi. Mereka pada mulanya agak malu tetapi lama-kelamaan semakin mesra. Lepas makan kami adakan aktiviti kolaj dan kumpulan mana yang menang akan dapat hadiah. Enjoy sangat budak-budak tu bersama kami. Kami makan pagi dan tengah hari bersama-sama dan nampak terpancar wajah-wajah ceria mereka dengan kehadiran kami. Semua tentatif program di susun dengan baik tuk capai tahap yang diinginkan walaupun pada awal kami sampai pihak pengurusan sana agak tidak bersedia dengan kedatangan kami walaupun telah dimaklumkan semula sebelum pegi. Sebelum pulang kami berikan sedikit sumbangan dekat rumah anak-anak yatim tersebut dan memberi sedikat cenderamata dekat anak-anak yatim terseubt. Walaupun rasa agak sedih tuk balik tetapi apa daya kami terpaksa juga balik. Kami hanya berharap mereka sentiasa gembira dan ingat akan kedatangan kami. Bila dah selesai program tu, kami pun sibuklah pilih gambar dan video tuk tunjukkan dekat Dr. Normaliza dan kawan-kawan yang lain macam mana program yang kami jalankan bersama anak-anak yatim.
Dalam kelas masa Dr. Arba’ie mengajar pun best gak. Lawak yang dibuat simple tapi leh buat orang gelak. Dia tunjuk macam mana proses buat pojek Barongan yang dia dan kawan-kawan buat. Rupa-rupanya bidang bahasa bkn terhad tapi boleh dipelbagaikan. Byk ilmu yg dapat dari kursus ni. Baru la tau mcm mna nak hasilkan multimedia walaupun amik bahasa. Tapi besar fungsi bahasa ni. Tanpa bahasa bangsa mundur. Yang tak boringnya kelas Dr. Arba’ie ajak Dr. selalu tunjukkan video atau pojek yang Dr. dah hasilkan. Semua o rang teruja nak tengok macam mana pojek tu nak buat. Ada satu tu pojek yang Dr. buat macam best sangat pastu Dr. bagi kami amik dekat destop pas kelas habis. Leh main-main dengan program tu macam bila kita taip apa-apa perkata pastu dia akan bunyi sendiri ikut jenis suara yang kita nak dengar. Pojek tu sangat bagus tuk kanak-kanak belajar sebab tak membosankan dan memberi keseronokkan belajar.
Pelbagai kenangan atau pengalaman manis sepanjang belajar dalam kelas bahasa dalam multimedia ni. Memang enjoy dan syok la kelas ni sebab kursus ni memerlukan praktikal bukan hanya teori atau mendengar kuliah sahaja. Inilah kursus yang paling enjoy dan sangat memberi kesan kepada pelajar yang mengambil kursus ini. Walaupun pada hakikatnya dalam kursus ini kena buat keja banyak tetapi memberikan kepuasan dan keseronokan semasa belajar.
KeTiKa DaN KaLiMaT
15 years ago
No comments:
Post a Comment